Sunday, 24 November 2013

Orang tamak selalu rugi.

Perwakilan PAS Kedah dedah sebab Kedah terlepas ketangan BN.


Masalah dalaman yang semakin membarah dalam pentadbiran PAS Kedah menyebabkan parti Islam itu kehilangan negeri berkenaan kepada Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kata perwakilan Muktamar PAS hari ini.

Perwakilan PAS Kedah, Nasir Zakaria ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui, tanpa kawalan, pertelingkahan dalaman berkenaan turut bakal menjadi punca tewasnya PAS Kedah dalam Pilihan Raya Umum-14 akan datang.

"Kita mengakui salah satu faktor daripada kekalahan adalah faktor dalaman yang menyebabkan tumbangnya negeri Islam Kedah ini," katanya ketika berucap.

"Kedah menyedari dan mengakui kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 baru-baru ini, supaya jangan diulangi lagi kekalahan yang menyakitkan ini," katanya ketika Muktamar Tahunan ke-59 PAS di Shah Alam.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya berulang, dan PAS Kedah perlu memuhasabah diri melalui Jawatankuasa Post Mortem.

"Sudah tentulah masalah yang dialami anak-anak tidak boleh diselesaikan oleh anak-anak. Sudah tentulah masalah ini juga perlu dileraikan oleh mak dan Ayah.

"Sudah tentulah Ayah perlu mengambil tindakan yang pants, tepat, dan adil untuk kita redakan masalah yang berlaku," tambahnya.

Beliau turut berkata, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai kemampuan membela nasib orang Melayu dan kekurangan tokoh dalam menerajui parti.

"PAS memiliki dua unsur berbanding lima ciri dimiliki Umno, ciri PAS adalah membela Islam, tetapi (dilihat) tidak membela Raja, tidak dilihat prihatin kepada rakyat, tidak dilihat mempunyai tokoh untuk masyarakat setempat dan juga PAS dilihat tidak begitu," katanya.

Justeru, beliau mengharapkan agar golongan professional dalam PAS memainkan peranan mereka menyalurkan permasalahan berkenaan ke tempat sepatutnya.

"Dan dalam masa sama, golongan professional kita perlu bertindak untuk menyampaikan masalah ini untuk disampaikan kepada saluran-saluran yang tepat dan sampai kepada pengundi-pengundi teras iaitu Melayu dan Bumiputera," katanya.

Sumber:
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/11/perwakilan-pas-kedah-dedah-sebab-kedah.html

Pengundian berteman amanah dan bukan pengundian berserta penipuan.

Mat Sabu Menang Timbalan Presiden. Macamana Boleh Menang? -updated



Shah Alam: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi. 

Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula. 

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi. -HD

Mat Sabu kekal Timbalan Presiden PAS


Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS selepas mengalahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi. 

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 588 manakala Mohd Amar mendapat 490 undi. 

Pengumuman untuk jawatan naib presiden PAS ditangguhkan kerana berlaku pengiraan semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi. 

Sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat pula dimenangi Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Amirudin Hamzah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nasrudin Hassan, Datuk Dr Mujahid Yusof, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Dr Dzulkefly Ahmad, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Nik Zawawi Salleh, Dr Syed Azman, Dr Ridhuan Mat Nor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Nuridah Salleh. 

Jawatankuasa ini membayangkan PAS dikuasai golongan profesional namun menyaksikan ramai muka baru di kalangan ulama. 

Muka baru di kalangan pro ulama adalah Nasrudin bekas ketua Pemuda PAS, bekas timbalannya, Nik Abduh, setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi dan Dr Ridhuan. 

Yang hilang dari senarai adalah Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding naib presiden, Abdul Ghani Samsudin yang tidak bertanding, Mohamad Abdul Wahid Endut yang turut tidak bertanding dan juga Mohd Amar yang tidak bertanding kerana bertanding untuk timbalan presiden. 

Semua penyandang yang bertanding untuk AJK PAS Pusat menang dalam Muktamar ke-59 kali ini. -TMI

ULASAN GB

Selain dari faktor populariti, Mohamad Sabu menang kerana kempen keterlaluan golongan yang mengaku diri mereka ulama dan pro-ulama.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Setiap yang keterlaluan dan melampau batas akan tewas.

Tidakkah kita lihat di dalam PRK Sungai Limau yang lalu bagaimana kempen melampau batas UMNO BN dengan "patung kaki" menyebabkan mereka kalah tertonggeng sekalipun segala jeentera, segala kekuatan kerajaan pusat dikerah untuk membantu calon mereka?

Begitulah di dalam pemilihan PAS. Kempen keterlaluan yang dilakukan oleh sekumpulan yang beriya-iya untuk menang akhirnya memakan diri. Buktinya:

Masya Allah - Timbalan Presiden Pas Haji Mat Sabu di tuduh sebagai KAFIR ?


Aku tak tau nak kata apa lagi dah,,, mereka-mereka ini lah sebelum ini melabelkan kepala anjing, mohon maaf, label lagi,, dan terkini mereka sanggup mengkafir saudara mereka sesama islam,,,

Pakat tengok sendirilah, kerana nak memenangkan calon yang kononnya ulama,,, mereka ini sanggup ..... Astagfirullah hal aazim..



Boleh semak sendiri kat Klik Sini

Terpulang dan nilailah apa akan terjadi masa depan Parti islam,, kalau penyokong ulama bersikap demikian....
sumber: manjongmari

Firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah, ayat 190)


Sumber:
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/mat-sabu-menang-timbalan-presiden.html

Tiada tempat kepada pengkhianat.

Keputusan penuh AJK PAS pusat - Perwakilan beri isyarat supaya Hassan Ali 'jangan sibuk' - wakaka
Dengan rasa gembira diumumkan keputusan penuh Pemilihan AJK PAS Pusat yang rata-rata menunjukkan keseimbangan antara kumpulan yang diberi label ulama dan profesional.
Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.

Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.

Keputusan itu menunjukkan bahawa Mohamad berjaya menangkis cabaran Naik Amar yang dilihat sebagai mewakili kumpulan ulama dalam parti tersebut.

Asmuni berkata, 1,086 pengundi daripada 1,129 perwakilan 
berdaftar, mengundi semalam. Daripada jumlah tersebut, lapan undi rosak dicatatkan.

Asmuni turut mengumumkan keputusan pemilihan 18 ahli jawatankuasa pusat yang dipilih hari ini. Mereka ialah:

1) Idris Ahmad 927
2) Mazlan Aliman 840
3) Datuk Seri Nizar Jamuluddin 688
4) Datuk Amiruddin Hamzah 679
5) Dr Hatta Ramli 649
6) Nasruddin Hassan 645
7) Nik Abduh Nik Abdul Aziz 627
8) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa 626
9) Dzulkefly Ahmad 610
10) Hanipa Maidin 604
11) Datuk Kamaruddin Jaafar 562
12) Khalid Samad 547
13) Datuk Nik Zawawi Salleh 518
14) Syed Azman Syed Ahmad 476
15) Riduan Mohd Noor 469
16) Datuk Dr Mahfodz Mohamad 455
17) Dr Siti Mariah Mahmud 437
18) Nuridah Salleh 424

Senarai ahli jawatankuasa di atas menunjukkan sebelas daripada 18 yang terpilih ada dari golongan profesional, manakala selebihnya adalah dari latar belakang agama.

Bagaimanapun,  Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dari golongan ulama mendapat undi tertinggi - 927 undi daripada 1,057 perwakilan.

Manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dan bekas timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz - kedua-duanya juga dari kumpulan ulama - masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh.

Nasruddin memperolehi 645 undi, manakala Nik Abduh mendapat 627 undi. - TMI

Pak sibuk yang dipecat daripada PAS boleh duduk diam. Tak payah memekak sana sini kerana kamu tidak apa-apa kaitan dengan PAS.

Sumber:
http://www.wasukalu.com/2013/11/keputusan-penuh-ajk-pas-pusat.html

Dia berada engkau dapat. Dia jujur engkau beroleh. Dia korup engkau dia tak nampak. Dia dusta engkau percayai fitanh.

PANAS! BONUS KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR DUA BULAN?

MB umum bonus kakitangan kerajaan negeri Isnin ini
BANDAR TUN RAZAK 23 NOV: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangannya, 25 November ini.

Beliau berkata, pengumuman yang dinanti kakitangan kerajaan negeri itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan menyambung persidangannya minggu depan.


“Tunggu pengumuman hari Isnin nanti, saya akan beritahu,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Khalid tidak menafikan sama ada pemberian bonus itu turut membabitkan guru sekolah agama di Selangor.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Negeri Selangor dalam DNS mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangannya sebelum bermula musim persekolahan 2014.

Sue Lim, berkata pemberian bonus itu mampu meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka selain menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri.

Kali terakhir kerajaan negeri membuat bayaran bonus kepada kakitangannya adalah sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan bayaran sebulan gaji berbanding kakitangan kerajaan pusat yang hanya menerima bantuan raya sebanyak RM500.
Sumber:
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/panas-bonus-kakitangan-kerajaan.html

Thursday, 21 November 2013

Bijak Pandai Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم

Isnin, 27 Mei 2013


RAHSIA PEMAKANAN BIJAK PANDAI ISLAM. 

Assalammualaikum. Berikut adalah antara jenis makanan yang diamalkan oleh bijak pandai Islam yang telah dibongkarkan. 
Jenis2 makanan ini telah tercatat dalam sebuah kitab tradisional dalam bahasa Arab dan tersembunyi dari pengetahuan orang Islam dan Orang Arab sendiri. 
Penemuan saintifik juga telah membuktikan bahawa senarai makanan di bawah memberi kesan positif kepada pengamalnya terutamanya susu, madu dan telur. 

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. 
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. 
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. 
Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. 
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. 
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. 
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ia sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

~MAAF KIRANYA TERKASAR BAHASA. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI~
Anda mungkin juga meminati: