Thursday 12 December 2013

Tawassul.

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar link tersebut. 
Apa itu tawassul ? Tawassul bukan meminta doa KEPADA SI MATI!
Tawassul adalah berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah, dengan menyebut nama orang yang memiliki kemuliaan di sisi Allah dengan harapan bila menyebut nama orang tersebut dapat memudahkan terkabulnya doa. Inilah maksud tawassul.

Hukum bertawassul adalah HARUS (DIBENARKAN).

Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nu'aim, Thabrani dan Ibn Hibban dalam shahihnya, bahwa ketika wafatnya Fathimah binti Asad (Bonda Sayyidina Ali bin Abi Thalib kw, dalam hadis itu disebutkan Rasullullah saw. berdoa: Allah Yang Menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup tak akan mati, ampunilah dosa Fathimah binti Asad, dan bimbinglah hujjahnya, dan luaskanlah atasnya kuburnya, Demi Nabi Mu dan Demi para Nabi sebelum ku, Sungguh Engkau Maha Pengasih dari semua pemilik sifat kasih sayang.

Contoh bertawassul:

Di dalam perwartaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dalam Warta Kerajaan Kelantan pada 22 Julai 2010, diakhiri dengan permohonan rahmat daripada Allah SWT berwasilahkan Junjungan Nabi SAW.sebagai berikut:- 

"Mudah-mudahan ALLAH yang Maha Kuasa melalui junjungan KITA NABI MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) melimpahkan rahmatNya kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) (Pindaan) 2010 ini selama-lamanya."  

Terjemahannya dalam Bahasa Inggeris: "May Allah, Lord of the Universe, through the Greatness of OUR PROPHET MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) grant His Blessing to this Law of the Constitution of Kelantan (Second Part) (Amendment) 2010 for ever and ever."

Sumber: http://plus.google.com/116141784716312393448/posts 

Ustaz Amin

Sebulan yang lalu
·  1khalifah
Sebulan yang lalu
Sebulan yang lalu
2 bulan yang lalu
2 bulan yang lalu
3 bulan yang lalu
3 bulan yang lalu
4 bulan yang lalu
4 bulan yang lalu
5 bulan yang lalu
7 bulan yang lalu
7 bulan yang lalu
9 bulan yang lalu
11 bulan yang lalu
11 bulan yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
·  Ad-din
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
2 tahun yang lalu
2 tahun yang lalu
2 tahun yang lalu
2 tahun yang lalu
3 tahun yang lalu
3 tahun yang lalu
3 tahun yang lalu
·  abou fateh
Buku Dijual Sangat Murah!!!!! Dapatkan segera!!!!!!!!!!!!!!!!
3 tahun yang lalu
·  at-tahzir
4 tahun yang lalu
5 tahun yang lalu
5 tahun yang lalu

Sumber:

Monday 25 November 2013

Cina Muslim dan Penubuhan PAS 1951.


- Siapa dia?

RAMAI yang tidak sedar bahawa PAS atau Parti Islam Se Malaysia juga telah ditubuhkan oleh orang yang berbangsa Cina. Beliau adalah Haji Mansur JP.:

Satu: Nama sebenarnya ialah Haji Mansur bin Haji Hasan. Hj Hasan pernah disebut-sebut sebagai Hj Hasan Kwantung (Canton). Ayahnya beragama Islam, Islam asal dari negara China, berambut panjang bertocang. Rumahnya di tengah pekan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dua: Beliau mendirikan sistem pendidikan Islam pondok yang pertama di pulau, tidak termasuk Seberang Prai, di kawasan surau simpang 3 Bayan Lepas, Kampung Seronok dan Teluk Kumbar. Surau tersebut masih ada sampai sekarang. (Sumber: temuramah Ibnu Hasyim dengan anak bongsunya Hj Murshid di awal 1990an. Rujuk buku Ibnu Hasyim: Krisis UMNO-PAS, Penyelesaian Menurut Islam ??).

Tiga: Hj Mansur JP berjawatan sebagai Naib Yang Di Pertua Aguang PAS yang pertama selepas penubuhan PAS pada tahun 1951. (Rujuk buku Ibnu Hasyim: 1950-200 PAS Kuasai Malaysia?). PAS waktu itu ada 2 Naib YDP Agung.

Empat: Beliau bermenantukan seorang ulama terkenal di Pulau Pinang waktu itu, iaitu Hj Ahmad Badawi, ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Hj Ahmad Badawi. Ada kenyataan menyebutkan bahawa Hj Ahmad Badawi sendiri (ayah Pak Lah) adalah adalah penaja parti PAS dan menubuhkan Pemuda PAS, serta dilantik menjadi ketua Pemuda PAS yang pertama.

Lima: Sejarah juga menceritakan semasa akan berlaku penubuhan PAS, beberapa perjumpaan antara ahli-ahli UMNO telah diadakan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur. Mereka berjaya membentuk sebuah panatia penaja untuk mengusahakan perlaksanaan penubuhan PAS. Antara yang terpilih ialah:

1.Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
2.Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
3.Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
4.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
5.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
6.Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
7.Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Panatia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu, iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Panatia ini telah berusaha mengadakan Persidangan dengan Persatuan-Persatuan Kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, Ulama Perseorangan, Para Kadhi dan juga Mufti.

Panatia dua hari yang diadakan di Kelab Melayu Bagan, Butterworth, Seberang Prai, pada 22 &23 Ogos 1951 bersamaan 21 & 22 Zulkaedah 1370H.

Ada juga yang menyebutkan Ustaz Uthman Hamzah Guru Madrasah Ihya As-Syarif juga bekas Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif Hizbul Muslimin dan Syed Abdullah Hamid Al-Edrus seorang penulis dan penerbit di Singapura adalah di antara yang memainkan peranan penting dalam penubuhan PAS. Begitu juga penyokong-penykong terdiri dari guru-guru pondok, ustaz-ustaz, imam-imam dan pelajar-pelajar sekolah agama.

Enam: Saya pernah menulis..

Pada 23 Ogos 1951, adalah hari perasmian penubuhan Persatuan Ulama Se Malaya di Bangunan Kelab Melayu Bagan, Butterworth. Setelah masing-masing setuju penubuhannya, undang-undang tubuh pun dibahas untuk disahkan.

Seorang perwakilan dari Persatuan Al-Ihya Al-Syarif, Gunung Semanggul Perak, membahas nama yang tertera di rangka undang-undang tubuh tersebut. Beliau adalah Ustaz Uthman Hamzah bekas anggota Hizbul Muslimin dahulu. Beliau mencadangkan nama Persatuan Ulama Se Malaya dipinda kepada Persatuan Islam Se Malaya atau sebutan ringkasnya PAS.

Alasannya, kerana ahli-ahlinya terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang akil baligh (tidak semestinya ulama) dan beberapa alasan lain. Beliau, meragui penyertaan ulama yang kurang memuaskan. Cadangannya tidak diterima oleh jawatankuasa penaja dan Puan Dasimah Dasir yang mewakili Kaum Ibu UMNO, terus menjadi perbahasan. Pengerusi waktu itu adalah Haji Mohd Ghazali Abdullah, yang menghadkan kepada tiga nama sahaja untuk diundi.

Iaitu:

i.Persatuan Islam Se Malaya (PAS) yang mendapat undi sebulat suara.
ii.Persatuan Ulama Se Malaya.
iii.Persatuan Muslimin Tanahair (PERMATA) atau Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA).

Maka PAS ditubuhkan hasil dari muktamar tersebut. Alamat pejabatnya waktu itu: No 721, Kepala Batas, Seberang Prai.

Tujuan-tujuan awalnya ialah:

1. Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga
    bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan
    demokrasi.
2. Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran
    agama di seluruh negara.
3. Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan
    umat Islam.
4. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini,
    yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran agama Islam
    di dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
5. Pegawai-pegawai persatuan’ atau pimpinannya terdiri dari;

i.Seorang Yang Di Pertua.
ii.Seorang Timbalan Yang Di Pertua.
iii.3 orang Naib Yang Di Pertua.
iv.Seorang Setiausaha Agung.
v.Seorang Bendahari
vi.12 Ahli Jawatankuasa. 
Mereka hendaklah dipilih dan dilantik dalam mesyuarat agung, 
kecuali 1/3 dari ahli jawatankuasa hendaklah dilantik oleh Yang Di Pertua.

Jawatan mereka hanya setahun, iaitu hingga bertemu mesyuarat agung tahun hadapan. Tugas-tugas dan kewajipan juga terdapat dalam undang-undang tubuh Persatuan Islam Se-Malaya tersebut.

Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:

1.Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
2.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
3.Tuan Haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
4.Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
5.Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan).
6.Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
7.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Bendahari.
8.... * (Antara nama yang tertinggal di sini akhirnya difahamkan ialah Haji Mansur JP.:)

Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada:

1.Tuan Haji Yahya Joned
2.Tuan Haji Uthman Talib
3.Tuan Haji Mohammad Nor
4.Tuan Haji Zabidi Ali
5.Tuan Haji Abdul Wahab
6.Tuan Haji Assaiya
7.Muhammad Mahzub
8.Tuan Haji Ahmad Nadur.

Permohonan pendaftarannya dibuat di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaya, di Pulau Pinang. Apabila hampir pilihan raya kebangsaan 1955, barulah kelulusannya didapati, iaitu pada 31 Mei 1955. Registration no 773 (Penang). Rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.

Begitu, kira-kira.

Oleh Dr Hj Mohd Hasyim
Sumber:
http://www.wasukalu.com/2013/11/cina-islam-dan-penubuhan-pas-1951-siapa.html

Sunday 24 November 2013

Tanpa sedar ada sebahagian dari kita menterbalikkan amalan.

10 AMALAN YANG TERBALIK.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sumber:
10 Amalan Yang Terbalik.

CRTD.

Baca. Huraikan. Fahamkan.

HEBAT!!! Ustaz Muda Pertahankan Kenyataan Mufti Kedah Vs Mantan Mufti Perlis : Isu Wahabi.. Jom Terjah!!!
Baru-baru ini video Sohibus Samahah Mufti Kedah Pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dato’ Syeikh Baderuddin Bin Hj Ahmad tersebar di laman-laman internet yang mana beliau telah mempertahankan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah & Al-Maturidiyyah) dan menolak ajaran sesat Syiah dan Wahhabi terutama yang cuba disebarkan di Kedah amnya di Malaysia. 

Dalam video tersebut juga beliau menyebut nama-nama beberapa pendakyah Wahhabi yang cuba masuk ke dalam negeri Kedah dengan pelbagai taktik licik. Antaranya Fathul Bari bin Mat Jahya yang terkenal menghina akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan membawa fikrah Wahhabi terutama kedalam UMNO dan am masyarakat (bukti terlalu banyak). Dalam video tersebut ada juga disebut Nama saudara Mohd Asri Zainul Abidin yang semua dah kenal kewahabiyatannya Asri (MAZA) ini. 


Asri MAZA seperti biasa pasti menjawabnya dengan ayat konar-konar pusing-pusing konon mahu menggambarkan Dato Mufti Kedah memfitnah dan membuat kenyataan jahat kepada dirinya. 
Bagi mengulas tulisan MAZA yang jelas bercelaru dan gabra pabila cuba mengkritik Dato Mufti Kedah saya nyatakan beberapa perkara:- 

1- Ya. Saudara Mohd Asri bin Abdul Talib@Zainul Abidin MAZA sememangnya seorang Wahhabi. Bukan tuduhan tapi ia kenyataan. Mengaku atau tidak saudara memang menghidupkan ajaran Wahhabi. Saudara mungkin marah orang katakan saudara sebagai Wahhabi tapi itulah realiti dan saudara juga seorang yang sangat banyak menuduh orang dan ulama Islam termasuk dalam artikel saudara tersebut jelas dengan tuduhan jahat. 

BUKTI WAHABI? 
Ketika saudara dilantik sebagai Mufti Perlis saudara telah menggunakan peluang jawatan itu untuk taruh cukup-cukup kritikan keatas umat Islam dan ulama Islam malangnya pada waktu yang sama musuh Islam langsung tidak kelihatan saudara mengkritik mereka. Ketika itu juga saudara menyebarkan sayap fahaman Wahhabi ini dengan pelbagai cara antaranya saudara telah menyebarkan CD rakaman video secara percuma antaranya berbayar disertai dengan buku teks kenyataan saudara dalam CD tersebut berjudul: 10 PERKARA BATAL ISLAM & APA ITU SYIRIK. 

Sesiapa yang mendalami fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab atau fahaman Wahabi ini pasti fahaman sangat kata-kata dan kenyataan saudara di dalamnya jelas 99% dipetik dari pegangan asas yang disebarkan Wahhabi termasuk pengasas fahaman baru ini yang tidak disebut oleh mana-mana ulama Islam sebelumnya. Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai kitab yang kemudian dijuzukkan oleh pengikutnya menjadi 1 buku ia berjudul sama dengan buku dan CD saudara tersebut. Bahkan isi buku dan kenyatan teks saudara langsung tidak berbeza dengan kenyataan pengasas ajaran Wahhabi termasuk susunan 10 perkara tersebut.

Buku Wahabi itu berjudul NAWAQIDUL ISLAM WAHIYA ‘ASYARAH pertamanya adalah SYIRIK. Saudara juga langsung tidak meletakkan nama Muhammad bin Abdul Wahhab dalam buku dan teks tersebut sedangkan saudara petik darinya dan ini samaada saudara plagiat ataupun sememangnya saudara berta’amul seperti pendakyah-pendakyah Wahabi yang lain dengan menyembunyikan dahulu pemikiran ajaran sebenar saudara kemudian kelak baru menzohirkannya dan ini lebih tepat dengan sifat saudara. 

Disini saya tidak mahu bahas lagi isi kandungan buku dan teks ucapan saudara yang jelas saudara memperjuangkannya habis habisan dalam 2 sumber tadi. Cuma yang pasti saudara dan Wahabi jelas mengkafirkan umat Islam dengan sangat mudah dalam buku dan ucapan saudara MAZA tersebut. 

Dengan ini sahaja belum perkara-perkara lain lagi sudah jelas siapa saudara dan apa yang diperjuangkan oleh saudara tidak lain adalah fahaman Wahhabi walaupun saudara cuba menampakkan kini kepada orang awam kononnya saudara bukan Wahhabi dengan ala-ala mengritik Wahhabi sedangkan sehingga kini hubungan akidah dan dakyah masih terjalin antara saudara dengan mereka. (kita boleh jumpa tunjuk bukti)

2- ARASY.
Berkaitan dakwaan ajaran sesat Wahhabi bahawa kononnya “ALLAH DUDUK ATAS ‘ARASY” itu memang puak Wahhabi menyatakannya dalam banyak kitab-kitab dan rakaman-rakaman mereka. Boleh rujuk dalam banyak laman sosial termasuk yang pernah saya dedahkan. Sila semak dalam blog saya. Saudara MAZA juga apabila membicarakan ayat Quran surah Thoha ayat ke-5 jelas saudara menyebut bahawa “Allah DUDUK diatas singgahsanaNya” sepertimana dalam satu rakaman yang saudara tidak dedahkan tetapi ia ada dalam simpanan kami. Maka jelas fahaman akidah saudara MAZA sama dan serupa dengan akidah Wahabi. Sedangkan disisi Islam Allah tidak duduk tidak serupa dengan mana-mana makhlukNya. 

Kenyataan saudara dalam isu Arasy kononnya ia seperti pandangan Imam Hasan Al-Banna adalah satu pembohongan besar dan jelas cuba ‘meraih undi murahan’ dari masyarakat islam Malaysia yang bersama dengan perjuangan Imam Hasan Al-Banna. Pandangan Imam Hasan Al-Banna seperti dalam Majmuk Rasail Hasan Al Banna pada bab Aqidah bahawa nas-nas Mutashabihat dan isu Arasy amat jelas iaitu TIDAK berpegang kepada zahir ayat yang membawa erti salah seperti jisim, duduk serupa makhluk dan selainnya. Manakala puak Wahhabi dan saudara MAZA sendiri jelas memegang nas Mutashabihat ini dengan zahirnya seperti ia jelas dalam video rakaman MAZA berkaitan ayat Mutashabihat dan dari sumber-sumber lain.

3- ALLAH SENTUH NAJIS-ajaran sesat.
Berkaitan isu puak Wahhabi berakidah najis dengan mendakwa dan menyebarkan kononnya “Allah Menyentuh Najis” ini sememangnya disebarkan oleh ajaran najis Wahhabi dan Asri MAZA la yustab’ad min haza kemungkinan tidak jauh dari Wahhabi yang berakidah najis demikian. MAZA sangat mengagungkan Ahmad Ibnu Taimiah. Bahkan setiap artikel MAZA pasti tercacak nama Ibnu Taimiah kekadang lebih kerap dari menyebut nama ALLAH.

Pada 30 Mei 2008 di Kangar Perlis Asri MAZA mendakwa bahawa Ibnu Taimiah adalah manusia khas PILIHAN ALLAH. Belum lagi kita bertanya dimana Allah nyatakan Dia memilih Ibnu Taimiah sebagai Mujaddd manusia yang istimewa seperti dakwaan MAZA?? kita telah pun dapati MAZA mendakwa ‘suara Ibnu Taimiah tetap akan diwarisinya’ dan ‘suara Ibnu Taimiah itu dianggap penyala obor nur Allah’. Wah! Hebat sungguh ‘tuhan’ mereka ini!

Mari kita lihat salah satu ‘suara’ Ibnu Taimiah yang tetap/pasti diwarisi oleh MAZA ini.

Beberapa senarai kenyatan sesat Ahmad Ibnu Taimiah rujukan utama puak ajaran sesat Wahhabi yang berkaitan dengan apa yang diperkatakan:-

a- Berkata Ibnu Taimiah dalam kitabnya yang berjudul al-Asma Wa As-Sifat jilid 1 ms 81 cetakan Dar Kutub Ilmiah: “Ketika Allah DUDUK atas kerusiNya maka terpancar cahaya Allah”.
MAZA juga mendakwa ‘Allah duduk’ dan ini sangat bercanggah dengan akidah Islam kerana Allah tidak bersifat duduk. Allah mengusai keatas hambanya dan Arasy, Dia tidak serupa dengan makhluk-makhlukNya rujuk Asy-Syura ayat 11.

b- Berkata Ibnu Taimiah dalam kitabnya Talbis Jahmiyyah juzuk 5 mukasurat 127 cetakan Saudi: “Menyentuhnya Allah akan Arasy itu dan menyentuhnya Allah akan benda-benda lain tidaklah pelik bahkan harus bagi Allah MENYENTUH najis-najis dan syaitan-syaitan.” Lihatlah bagaimana Ibnu Taimiah mengharuskan bagi Allah sesuatu yang jijik dan MAZA menyatakan dia akan mewarisi segala suara Ibnu Taimiah. Persoalan juga dimana ulama-ulama Salaf sebenar yang menyatakan seperti yang disebut oleh Ibnu Taimiah ini yang jelas akidahnya sangat jijik kerana menyandarkan kepada Allah perkara yang jijik yang Allah tidak pernah sifatkannya dalam al-Quran dan al-Hadith.

c- Berkata Ibnu Taimiah lagi ketika dia menjadikan Injil yang telah dipalsukan itu sebagai dalil baginya kononnya Allah berada di langit: “Langit itu kursi Allah dan sesungguhnya BAPAmu Allah yang berada dilangit dialah yang menentukan rezeki kamu” kemudian Ibnu Taimiah menyatakan:.. “ dan kesaksian atas kebenaran ini terlalu banyak dari AL-KITAB”. Rujuk buku Ibnu Taimiah Syarah Hadith Nuzul cetakan Riyadh mukasurat 217.

Lihatlah bagaimana Ibnu Taimiah membenarkan kenyatakan Kristian dan menyatakan ia adalah benar bahawa Allah itu adalah BAPA kamu semua. Ini aqidah Nasyara Kristian wahai wahabi. Benarlah Wahhabi ini juga Triniti: Takfir, Tashbih dan Tabdi’. Wa anta ya MAZA bersumpah akan mewarisi suara Ibnu Taimiah ini.

TERAKHIR UNTUK KALI INI.
Berkaitan yang lain bahawa Wahhabi menyamakan Allah dengan makhluk atau kera itu sememangnya akidah sesat Wahhabi itu Allah bersifat DUDUK..dan kera, monyet, asri dan selainnya pun bersifat duduk dan ini jelas menyamakan Allah dengan makhluk seperti mana ia termaktub dalam kitab-kitab agama baru Wahhabi ini menyamakan Allah dengan makhluk seperti mendakwa Allah mencipta Adam SERUPA dengan bentuk Allah. Sila rujuk bukti-bukti dalam blog saya www.abu-syafiq.blogspot.com

4- Saya sudah sekian lama menawarkan debat ilmiah dengan saudara Mohd Asri bin Abdul Talib MAZA ini namun dia takut dan tidak mahu kerana dia hanya mahu berdebat dengan Astora Jabat atau orang yang berumur agar mudah diperbodohkan olehnya dengan taktik-taktik basi Wahhabi yang sekialan lama kita telah ‘membaca’nya.

5- Diakhir ini juga saya ingin berterima kasih kepada Dato S.S Mufti Kedah kerana lantang bersuara mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah Al Maturidiyah mazhab Asy syafie’) dan dengan jelas Dato menolak ajaran Syiah dan WAHABI. Saya doakan Dato diberikan kekuatan dan berterusan dalam dakwah aqidah yang mulia ini usah layan anak-anak hingusan dalam ilmu mereka hanya seperti Ruwaibidhoh yang disebut dikritik oleh Nabi Muhammad yang kita cintai. Wassalam.

- Abu Syafiq 006 019 3801979
Sumber:
http://sedakasejahtera.blogspot.com/2013/11/hebat-ustaz-muda-pertahankan-kenyataan.html

Tribute.

Ketua Hakim Negara Britain Seru laksana Hukum Syariah

'Those entering into a contractual agreement can agree that the agreement shall be governed by a law other than English law.'

Ketua Hakim Negara Britain pada 2008 pernah mencadangkan undang-undang Syariah di Britain untuk menyelesaikan pertikaian di kalangan umat Islam di negara itu.

Ketua Hakim, Lord Phillips berkata bahawa prinsip-prinsip undang-undang Islam boleh digunakan untuk urusan kekeluargaan, perkahwinan dan mengawal selia kewangan.

Dalam ucapan beliau di sebuah masjid London Timur, Lord Phillips memberi isyarat meluluskan prinsip syariah selagi hukum dan keputusan perceraian selari dengan undang-undang Britain. 

Walau bagaimanapun seruan beliau ditentang oleh majoriti rakyat britain, para peguam dan pegawai undang-undang Britain seperti mana tentangan yang diterima PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

adios
Sumber:
http://www.wasukalu.com/2013/11/ketua-hakim-negara-britain-seru-laksana.html

Kenapa diam. Bukankah elok dijawab dengan penuh tertib.

Punca Najib Berdiam Diri Isu Intipan Amerika Tersebar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut merasa malu terhadap presiden Indonesia yang tegas mempertahan maruah negara itu sebaik mendapat tahu diintip pihak asing, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng.

"Tindakan tegas Indonesia mengkaji semula hubungan dengan Australia selepas mendapat maklumat mereka diintip negara itu membuktikan ketegasan pemimpin mereka.

"Najib patut malu kerana terus membisu dan tiada keupayaan politik sebagai seorang pemimpin dalam berdepan cabaran sama. Najib patut respon sama ada akan menuruti langkah Indonesia atau tidak," katanya ketika dihubungi.


Pada 19 November lalu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata negaranya sedang mengkaji semula kerjasama dengan Australia ekoran intipan negara jirannya itu terhadap pemimpin mereka.

Dua hari kemudian, Australia menghentikan tindakan itu ekoran bantahan Indonesia.

Pada 31 Oktober lalu, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan turut dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Ekoran itu, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat menyelar perbuatan itu, dan menggesa pentadbiran Najib menyuarakan bantahan.

Mengulas lanjut, Chua berkata beliau bimbang sikap berdiam diri Najib menunjukkan kerajaan tunduk terhadap kemahuan asing, khususnya Amerika Syarikat dalam isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pacifik (TPPA).

"Najib mungkin sudah berjanji dengan Amerika dalam perkara tertentu dan sebab itu dia banyak diam. 

Kita juga tahu Najib sangat bersetuju menandatangani TPPA dengan AS walaupun majoriti rakyat membantahnya."Semua ini mungkin ada kaitan," kata bekas menteri kabinet dan tokoh politik hampir 30 tahun ini. ~kd

Sumber:
http://addin77.blogspot.com/2013/11/punca-najib-berdiam-diri-isu-intipan.html

Yang jujur berani bertaggung-jawab. Yang dusta berani juga tetapi berani menipu.


Berita Gempar !!! Jawatankuasa Pemilihan umum letak jawatan..UMNO ada Berani ke ?
Masalah pengundian: Asmuni 
Macam Ni Sempoi n Berani Bro !!! Jawatankuasa Pemilihan umum letak jawatan..UMNO ada Berani ke

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan teknikal yang berlaku dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kali ini dengan keseluruhan aanggotanya meletak jawatan.

Perletakan itu diketuai Pengerusinya Asmuni Awi diikuti oleh seluruh anggotanya.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Asmuni pada jam 11.11 pagi ini selepas sesi pengundian tamat.

"Atas kesilapan berlaku semalam, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 bersama seluruh ahli jawatankuasa berasa kesal dan kecewa atas kesilapan teknikal yang berlaku.

"Maka kami sebulat suara mengukumkan meletakkan jawatan kerana berasa sangat kesal dan tidak berjaya melakukan tugas seperti yang diharapkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika mengumumkan perkara itu.

Bagaimanupun ujarnya, proses pemilihan mesti diteruskan bagi mengelakkan sebarang keraguan timbul selepas ini.

Ujar Asmuni, pihaknya telah mengambil langkah yang perlu membetul kesilapan tersebut dan alhamdulillah pegundian pagi ini dapat berjalan dengan lancar.

Semalam, Jawatankuasa Pemilihan hanya melakukan pengundian bagi calon-calon yang melibatkan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Manakala bagi pemilihan 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pula ditunda pada pagi ini, yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi.

Ia ekoran berlaku kesilapan teknikal pada kertas undi bagi Ahli Jawatankuasa iaitu terdapat nama calon yang tiada dalam kertas undi.

Keputusan penuh pemilihan akan diumumkan selewat-lewat petang nanti.

Seramai 1,129 perwakilan membuang undi.

Media Orang Kampung.
Sumber:
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/11/berita-gempar-jawatankuasa-pemilihan.html

Segerombolan yang perlu diajar dan belajar dengan tekun serta mengamalkannya kerana-Nya.

Muktamar PAS, Pakatan Rakyat, Pemuda PAS.
Sabtu 23 November 2013. 

Pemerhati: Simtom "Perasan Kuat" Faktor Pemuda PAS Tidak Lihat Realiti Sebenar.


[TMI] Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.

Pemerhati melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR lain.

"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.

"Mereka tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?" soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.

Usul semalam yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengkaji kerjasama dalam PR menurut pemerhati tersebut adalah suatu yang tidak masuk akal dan tidak bijak, ketika prestasi dan kredibiliti sayap generasi Y dalam parti Islam tersebut masih lagi jauh belakang berbanding PKR dan DAP.

"Adakah mereka berbangga dengan hasil pemimpin muda daripada Pemuda PAS yang dilahirkan?

"Adakah dua pemimpin daripada Pemuda PAS tersebut mempunyai nilai tambah kepada Pakatan Rakyat di Parlimen?" soal pemerhati tersebut yang merujuk kepada bekas ketua dan timbalan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Prestasi calon pemuda PAS semasa pilihan raya umum ke-13 menjadi ukuran, apabila sekadar menang lima kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sejumlah 19 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang ditandingi.

Pemuda PAS juga digesa supaya melihat realiti sebenar dan memahami politik negara, bukan semata-mata bergantung kepada tarbiah ataupun ideologi parti mereka kerana ia tidak akan membawa mereka sampai ke peringkat tertinggi.

Ditengah kekalutan dan cakap berdegar-degar kritikan terhadap rakan mereka dalam PR, mujurlah perwakilan daripada Johor semalam menggesa supaya pemimpin pemuda berfikir sebagai seorang anak muda untuk menjadi "cool".

"Pemuda PAS perlukan keseimbangan, antara tarbiah dan realiti politik semasa," kata pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang hadir sebagai pemerhati pada muktamar kali ini.

Pemimpin AMK yang turut tidak mahu namanya dikenali berkata, Pemuda PAS sewajarnya menerokai pembaharuan Islam baru serta mempelopori idea-idea baru, bukan sekadar masih lagi dengan dogmatik lama.

"Politik berubah-ubah, idea-idea baru politik Islam juga banyak.

"Perubahan dan pembaharuan juga diperlukan seiring dengan rentak semasa, ini yang Pemuda PAS sepatutnya terokai. Bukan lagi sekadar masih bergantung kepada idea-idea lama," katanya lagi.

Sememangnya pemerhati menanti usul berbentuk transformasi untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat yang bermula hari ini, bagaimanapun harapan tersebut tinggal harapan apabila usul kitar semula sama seperti dikemukakan oleh Dewan Ulama yang diluluskan.

Pemerhati tidak melihat wujudnya sebarang idea ataupun strategi mapan yang dibawa oleh Pemuda PAS semalam.

"Adakah dengan usul tersebut mereka rasakan selepas ini Pemuda PAS akan mampu berdiri setinggi dengan pemimpin muda PKR ataupun DAP?

"Adakah Pemuda PAS mampu mengeluarkan sebuah polisi dan dasar negara dalam kerangka masyarakat majmuk negara?" soal pemerhati daripada UM lagi.

Bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin sendiri mengakui PAS perlu mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang semasa ucapan pembukaan.

Keputusan pemilihan semalam menyaksikan kumpulan anak muda pro-ulama memenangi hampir keseluruhan jawatan yang disandang, kecuali bekas Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dari golongan professional yang dipilih menjadi Ketua Pemuda PAS manakala anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi dipilih sebagai timbalan.

Dalam pada itu, pemimpin muda DAP Zairil Khir Johari mengambil pendirian menggesa supaya semua parti dalam PR mengenepikan ideologi dan fahaman demi memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"PR adalah gabungan politik yang memberi harapan baru kepada rakyat, sebelum PR dibentuk pada tahun 2008, tiada siapa yang dapat bayangkan pemerintahan bermaharajalela BN (Barisan Nasional) boleh dibendung.

"Walaupun ideologi ketiga-tiga parti memberi persepsi tidak bersehaluan, hakikatnya kerjasama antara tiga parti sejak 2008 membuktikan keutuhan politik ini kerana kami semua bersehaluan dalam hal pendemokrasian, kebajikan dan ekonomi yang manfaatkan rakyat," kata beliau.

Zairil mengingatkan semua pihak dalam PR agar mengelak daripada permainan jahat BN dan menjauhi isu perkauman.

"Yang penting, kita harus elak daripada permainan jahat BN yang akan sentiasa mengipas sentimen perkauan dan agama untuk memecah-belahkan PR," tegasnya lagi.

Muktamar ke-59 bermula secara rasminya hari ini menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.

Pilihan Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).

PAS hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kekalahan di Kedah yang mereka kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu. – 22 November 2013.

P/s: Realiti sebenar:
Kuatkan parti dahulu, dapatkan lebih banyak kerusi, barulah bercakap soal pemandu, ketua, dan sebagainya!

Sumber:
http://duniacacamarba.blogspot.com/2013/11/pemerhati-simptom-perasan-kuat-faktor.html