Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak patut merasa malu terhadap presiden Indonesia yang tegas
mempertahan maruah negara itu sebaik mendapat tahu diintip pihak asing,
kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng.
"Tindakan
tegas Indonesia mengkaji semula hubungan dengan Australia selepas
mendapat maklumat mereka diintip negara itu membuktikan ketegasan
pemimpin mereka.
"Najib
patut malu kerana terus membisu dan tiada keupayaan politik sebagai
seorang pemimpin dalam berdepan cabaran sama. Najib patut respon sama
ada akan menuruti langkah Indonesia atau tidak," katanya ketika
dihubungi.
Pada
19 November lalu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata
negaranya sedang mengkaji semula kerjasama dengan Australia ekoran
intipan negara jirannya itu terhadap pemimpin mereka.
Dua hari kemudian, Australia menghentikan tindakan itu ekoran bantahan Indonesia.
Pada
31 Oktober lalu, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald
melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan
turut dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan
Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio,
telekomunikasi dan internet.
Ekoran
itu, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan
Rakyat menyelar perbuatan itu, dan menggesa pentadbiran Najib
menyuarakan bantahan.
Mengulas
lanjut, Chua berkata beliau bimbang sikap berdiam diri Najib
menunjukkan kerajaan tunduk terhadap kemahuan asing, khususnya Amerika
Syarikat dalam isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pacifik (TPPA).
"Najib mungkin sudah berjanji dengan Amerika dalam perkara tertentu dan sebab itu dia banyak diam.
Kita
juga tahu Najib sangat bersetuju menandatangani TPPA dengan AS walaupun
majoriti rakyat membantahnya."Semua ini mungkin ada kaitan," kata bekas
menteri kabinet dan tokoh politik hampir 30 tahun ini. ~kd
Sumber:
http://addin77.blogspot.com/2013/11/punca-najib-berdiam-diri-isu-intipan.html
No comments:
Post a Comment