Muktamar PAS, Pakatan Rakyat, Pemuda PAS.
Sabtu 23 November 2013.
Pemerhati: Simtom "Perasan Kuat" Faktor Pemuda PAS Tidak Lihat Realiti Sebenar.
[TMI] Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.
Pemerhati: Simtom "Perasan Kuat" Faktor Pemuda PAS Tidak Lihat Realiti Sebenar.
[TMI] Dewan Pemuda PAS mengalami simptom "perasan kuat" mengakibatkan platform muktamar semalam digunakan untuk menghentam kerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, kata pemerhati.
Pemerhati
melihat Muktamar Dewan Pemuda PAS sebagai sesuatu yang sia-sia kerana
tidak digunakan sebaik mungkin untuk melakukan post-mortem pengukuhan
parti, tetapi lebihnya menjadi medan untuk mengkritik rakan komponen PR
lain.
"Saya rasa mereka ini dah perasan kuat, mereka dilanda 'simpton perasan kuat'.
"Mereka
tidak lagi melihat kepada realiti, realiti politik. Adakah mereka
berkeyakinan untuk menjadi parti tunggal tanpa bekerjasama dengan PR?"
soal pemerhati daripada Universiti Malaya (UM) yang enggan namanya
didedahkan apabila diminta mengulas tentang beberapa kenyataan
kontroversi semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS semalam.
Usul
semalam yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengkaji kerjasama
dalam PR menurut pemerhati tersebut adalah suatu yang tidak masuk akal
dan tidak bijak, ketika prestasi dan kredibiliti sayap generasi Y dalam
parti Islam tersebut masih lagi jauh belakang berbanding PKR dan DAP.
"Adakah mereka berbangga dengan hasil pemimpin muda daripada Pemuda PAS yang dilahirkan?
"Adakah
dua pemimpin daripada Pemuda PAS tersebut mempunyai nilai tambah kepada
Pakatan Rakyat di Parlimen?" soal pemerhati tersebut yang merujuk
kepada bekas ketua dan timbalan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan dan Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Prestasi
calon pemuda PAS semasa pilihan raya umum ke-13 menjadi ukuran, apabila
sekadar menang lima kerusi Parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) daripada sejumlah 19 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN yang
ditandingi.
Pemuda
PAS juga digesa supaya melihat realiti sebenar dan memahami politik
negara, bukan semata-mata bergantung kepada tarbiah ataupun ideologi
parti mereka kerana ia tidak akan membawa mereka sampai ke peringkat
tertinggi.
Ditengah
kekalutan dan cakap berdegar-degar kritikan terhadap rakan mereka dalam
PR, mujurlah perwakilan daripada Johor semalam menggesa supaya pemimpin
pemuda berfikir sebagai seorang anak muda untuk menjadi "cool".
"Pemuda
PAS perlukan keseimbangan, antara tarbiah dan realiti politik semasa,"
kata pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang hadir sebagai pemerhati
pada muktamar kali ini.
Pemimpin
AMK yang turut tidak mahu namanya dikenali berkata, Pemuda PAS
sewajarnya menerokai pembaharuan Islam baru serta mempelopori idea-idea
baru, bukan sekadar masih lagi dengan dogmatik lama.
"Politik berubah-ubah, idea-idea baru politik Islam juga banyak.
"Perubahan
dan pembaharuan juga diperlukan seiring dengan rentak semasa, ini yang
Pemuda PAS sepatutnya terokai. Bukan lagi sekadar masih bergantung
kepada idea-idea lama," katanya lagi.
Sememangnya
pemerhati menanti usul berbentuk transformasi untuk dibawa ke Muktamar
PAS Pusat yang bermula hari ini, bagaimanapun harapan tersebut tinggal
harapan apabila usul kitar semula sama seperti dikemukakan oleh Dewan
Ulama yang diluluskan.
Pemerhati tidak melihat wujudnya sebarang idea ataupun strategi mapan yang dibawa oleh Pemuda PAS semalam.
"Adakah
dengan usul tersebut mereka rasakan selepas ini Pemuda PAS akan mampu
berdiri setinggi dengan pemimpin muda PKR ataupun DAP?
"Adakah
Pemuda PAS mampu mengeluarkan sebuah polisi dan dasar negara dalam
kerangka masyarakat majmuk negara?" soal pemerhati daripada UM lagi.
Bekas
Ketua Pemuda PAS Nasrudin sendiri mengakui PAS perlu mempertingkat
usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya
umum akan datang semasa ucapan pembukaan.
Keputusan
pemilihan semalam menyaksikan kumpulan anak muda pro-ulama memenangi
hampir keseluruhan jawatan yang disandang, kecuali bekas Ketua Pemuda
PAS Johor, Suhaizan Kaiat dari golongan professional yang dipilih
menjadi Ketua Pemuda PAS manakala anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Muhammad Khalil Abdul Hadi dipilih sebagai timbalan.
Dalam
pada itu, pemimpin muda DAP Zairil Khir Johari mengambil pendirian
menggesa supaya semua parti dalam PR mengenepikan ideologi dan fahaman
demi memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"PR
adalah gabungan politik yang memberi harapan baru kepada rakyat,
sebelum PR dibentuk pada tahun 2008, tiada siapa yang dapat bayangkan
pemerintahan bermaharajalela BN (Barisan Nasional) boleh dibendung.
"Walaupun
ideologi ketiga-tiga parti memberi persepsi tidak bersehaluan,
hakikatnya kerjasama antara tiga parti sejak 2008 membuktikan keutuhan
politik ini kerana kami semua bersehaluan dalam hal pendemokrasian,
kebajikan dan ekonomi yang manfaatkan rakyat," kata beliau.
Zairil mengingatkan semua pihak dalam PR agar mengelak daripada permainan jahat BN dan menjauhi isu perkauman.
"Yang
penting, kita harus elak daripada permainan jahat BN yang akan sentiasa
mengipas sentimen perkauan dan agama untuk memecah-belahkan PR,"
tegasnya lagi.
Muktamar ke-59 bermula secara rasminya hari ini menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.
Pilihan
Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat
apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).
PAS
hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kekalahan di Kedah yang mereka
kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu. – 22 November
2013.
P/s: Realiti sebenar:
Kuatkan parti dahulu, dapatkan lebih banyak kerusi, barulah bercakap soal pemandu, ketua, dan sebagainya!Sumber:
http://duniacacamarba.blogspot.com/2013/11/pemerhati-simptom-perasan-kuat-faktor.html
No comments:
Post a Comment